Friday, 18 December 2015

Bukan tak nak, tapi...

Heyyo! so guys hati macam mana sihat? macam pelik je soalan aku hahaha. sepatutnya itulah soalan yang sepatutnya kita tanya kawan kita hahahahaha yelah kau nmpk dia sihat lagi mahu tanya cuba tanya benda yg tak berapa nak nmpk contoh hati dan perasaan. nmpk lah kita concern sikit pasal dia kahkahkah!

Sis nak tanya ada sesapa pernah alami keadaan dimana Kau dah lama kawan dengan dia, lepastu dia minta kapel. kepada yang menjawab "ye saya setuju" tu tahniah, aku nak citer pasal orang yg menjawab "aku bukan tak nak weh, tapi..." bla bla bla. kalau si dia paham takpe yg jenis tak paham ni jawapan dia menyakitkan hati erghhh. Ni lah situasi dimana kita akan buat ayat metafora anafora dan semua adik beradik fora supaya dia masih jadi kawan kita walaupun kita tolak dan supaya hati dia tak terlalu sakit. disini mula lah ayat putar belit kita, hahahahahahahahaha. sebab apa? sebab nak menjaga hati. situasi ni tak boleh nak straight to the point sangat nnt sama sama sakit hati. contoh ayat straight to the point "tak nak lah aku kapel ngan kau. kita kan dah lama kawan" kau kejam doh kalau kau cakap mcm tu. orang kata '''sebelum nak cakap fikir dulu''' kalau kau jenis manusia tak paham ayat tu kau kene bayangkan ''''diri kau ditempat dia'''' sakitkan kalau orang bg ayat mcm tu. apa? takkan bg ayat mcm tu pun sakit hati? weh, when you really love someone then you ask her or him to be yours then orang tu terus jawab "tak nak" pun kau akan rasa sakit kat hati tu, rasa kecewa rasa malu untuk berdepan lagi dan dengan sekelip mata kau hilang manusia yg kau gelar kawan tapikan yg selalu tetiba minta kapel ni orang yg rapat ngan kita orang yg ada masa kita jatuh kan? betul tak? okay sis tukar ayat dengan sekelip mata kau hilang kawan baik kau.

Aku tak pernah alami keadaan ni because im not that pretty haha! cam ngok je ayat aku tapi itulah kenyataan nya. tapi ramai kawan aku pernah alami benda ni. So, bila kawan kita kene first thing first kau kene letakkan diri kau kat tempat dia bayangkan perasaan dia. then, baru boleh bagi nasihat or pape jelah. and my conclusion is, bila kita dah rapat ngan seseorang tu perasaan sayang tu memang kuat terlalu kuat sampai tak boleh terima dia.

Bukan tak nak terima, tapi...
tapi perasaan sayang ni dah terlalu kuat, terlalu kuat sampai "what if" bermain di fikiran antara nya
-kalau tetiba dia tukar fikiran? manusia kan berubah
-kalau tetiba dia suka perempuan lain, macam mana persahabatan ni?
-kalau dia bosan dengan aku macam mana?
-kalau dia curang ngan kawan aku, persahabatan ni mcmmana?

sebab aku dilahirkan dengan jantina perempuan jawapan aku berpihak kepada perempuan.
bukan tak nak guys, perasaan TAKUT tu melebihi perasaan NAK. takut persahabatan yang dah lama terjalin tu hilang mcm tu je. Kawan lagi penting dari buah hati bro, bagi aku lah. Kawan ni sampai bila-bila pun boleh. Berkawan takde syarat. okay kau lelaki, ada jenis kau yang setia, bila kau jenis yg setia pulak aku takut aku yg tersuka tanpa sengaja (sis promote sikit haha) kat orang lain. macam mana? macam mana persahabtan yg dulu? then ada juga jenis kau yg cepat bosan dengan perempuan so bila kau kapel ngan kawan baik sendiri lepas tu kau bosan dengan dia. persahabatan yg dulu tu macam mana? apa? buat mcm takde pape? wow! you are like serial killer doh. hahaha "persahabatan tu lebih indah dan bermakna daripada Percintaan" ada satu tahap bila kau dah berkawan terlalu lama kau tak boleh nak terima dia as yours. Kalau masuk meminang lain bro, kalau aku lah aku terima dengan hati yang terbuka hahaha sebab persahabatan kau sampai jannah Allah taknak ke? in shaa Allah dan kalau takde jodoh kau masih berkawan ngan dia kan. see? kan lebih mudah. kalau kapel then takde jodoh, Nak jadi kawan mcm dulu balik AWKWARD doh janggal gila. nak cakap ngan kau "ni suami aku *dengan senyuman" perasaan awkward tu Allah je lah yang tahu weh.

So, bila kita dah berkawan dengan seseorang tu dengan hubungan yang rapat, jauhkan lah perasaan nak kapel ngan dia. kalau nak dia, sampai masa masuk meminang. kapel ni sementara je bahagia dia kalau orng tu bukan jodoh kau. so, kalau yang terkene dengan keadaan ni korang nak jawab apa?

No comments:

Post a Comment